Friday, April 18, 2014

Baby Shaklee


Salam semua..
Ini anak teruna saya. Nampak macam perempuan kan tapi sebenarnya dia lelaki yang comel. Masa ini rambut dia lurus lagi sebab masih pendek. Tapi bila makin panjang, rambut dia makin ikal di hujung. Ni gambar masa kami dalam perjalanan pulang daripada kenduri kahwin sahabat lama di Selancar. Singgah di masjid bersolat zohor kalau tak silap. 

Muka ini memang hari-hari minta dicium dan digomol. Geram kan tengok mukadia macam tu. Semua baby memang comel-comel belaka. Tak boleh nak terima bila ada yang sanggup mendera dan membuang baby comel. Terlalu kejam. Alhamdulillah sebab Alla bagi kami rezeki anak. Masih ramai lagi pasangan suami isteri yang mendambakan kehadiran bayi comel dalam hidup mereka tapi belum dapat. Jadi kepada yang ada anak tu belajarlah bersyukur.

Dan alhamdulillah dengan mengamalkan Shaklee, saya berjaya menyusukan dia secara exclusive sampai usianya 1 tahun 6 bulan. Dan mula campur sampai usia dia 1 tahun 9 bulan sebelum saya berhenti terus sebab saya dah mengandung anak ke 2. Walaupun tak sempat nak capai 2 tahun tapi saya tetap bersyukur kerana Allah berikan rezeki yang murah kepada kami sekeluarga. Jimat banyak tau sebab susu formula untuk baby bawah 1 tahun memang mahal. Kalau dah masuk 1 tahun ke atas susu formula murah sikit. Masa itu saya hanya amalkan Set Budget Menyusu sahaja iaitu ESP dan Alfalfa. Sejak mengandung kali ke 2 ini, saya memang ambil full set untuk Mengandung. Kira baby ke 2 ini bakal menjadi Baby Shaklee lah. =)

Kedai Shaklee saya dibuka seperti biasa ye. Ada banyak produk yang ready stok. Tak perlu tunggu lama-lama untuk dapatkannya. Saya boleh COD ke area Rawang, Sungai Choh, Serendah dan juga Selayang (area berdekatan Hospital Selayang dan juga BBS). Kalau nak harga jimat, boleh juga mendaftar menjadi ahli. Dengan bayaran serendah RM65, boleh dapatkan produk dengan harga terendah dan keahlian ini untuk seumur hidup tau. Kalau nak serius berbusiness pun lagi bagus. Lagi banyak faedah yang boleh korang dapat. Secara generalnya bonus, bonus kereta, bonus pergi bercuti dan umrah. Selain itu, Shaklee selalu menganjurkan jamuan untuk meraikan Master Coordinator dan juga sempena perayaan. Dapatlah makan free di hotel dan juga beramah mesra dengan ahli-ahli Shaklee yang lain. Ni baru sikit sahaja. Ada banyak lagi faedahnya lagi-lagi kalau masuk under group kami. 

Thursday, April 17, 2014

Cara nak daftar sebagai Ahli Shaklee!


Salam semua..
Alhamdulillah kita masih lagi diberi rezeki untuk bernafas dan beribadah kepada Allah SWT. Pagi ini saya dan rakan sekerja diuji dengan jalan yang sesak disebabkan lori rosak di depan kilang  Lafarge, Rawang. Hampir semua masuk lambat hari ni. Mujurlah company ini tak se'strict' company jepun. Kalau tidak semuanya wajib ambil halfday EL. Takpun terus pergi klinik ambil MC sebab tekanan darah naik sampai sakit kepala. Selalunya jalan jem ini dikaitkan dengan lembah kelang dan bandaraya kl. Tapi, sesekali tempiasnya terkena juga pada yang berada di sempadan ini. Sesekali diuji tak apalah kan. Bukan selalu.
Kan dah melalut ni. Asalnya nak cerita pasal Shaklee. Mesti ramai yang curious macam mana sebenarnya cara nak menjadi Ahli Shaklee ni. Faedahnya mungkin ramai yang sudah tahu secara generalnya. Moleklah kiranya saya.rungkai persoalan tersebut sekarang. Ada beberapa cara sebenarnya untuk menjadi ahli atau SID ( Shaklee Independent Distributer). Rujuk sahaja gambar di atas ni dah cukup kot.

Kesimpulan sama ada membeli barang dengan nilai melebihi 200 UV atau lebih kurang RM650-700 bergantung kepada nilai UV barang tersebut ataupun hanya bayar RM65 untuk yuran pendaftaran + Starter Kit + add RM10 untuk kos pos. UV ni sebenarnya point yang kita kumpul setiap bulan untuk dapat bonus. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal bonus ni silalah mendaftar sekarang yea. Ok, setakat ini sahajalah yang dapat saya kongsi buat masa ini. Nanti saya cerita pula apa faedah-faedah yang diperolehi bila menjadi Shaklee Independent Distributer ni ye selain dapat beli dengan harga rendah dan juga bonus. Berjumpa lagi kita di lain masa. Bai..
 

Tuesday, April 15, 2014

Petua Menaikkan HB : Cara Makan yang Betul

Salam semua..

Hamboi..seminggu sekali baru nak update blog ke cik puan? Kesibukanlah lately. Tapi cuba juga untuk update blog kesayangan ini. Alhamdulillah hari ini dah masuk 17 minggu 4 hari usia kandungan. Masa awal-awal hari tu memang HB saya naik. Tapi, last check up jatuh sedikit. Saya suspect ianya disebabkan pemakanan yang salah.

Ye lah, last 2 weeks memang asyik layan teh tarik sahaja di office. Kalau nak tahu, teh, coffee, coklat dan juga milo perlu dielakkan oleh mereka-mereka yang ada masalah HB low ini. Sebab ia bukan setakat menghalang penyerapan iron tapi juga turut menurunkan lagi HB kita. Saya dah mengalaminya sendiri kesannya itu. So, saya NO to Teh, Coffee, Chocolate and Milo. Kita tengok result next check up macam mana pula ye.

Satu lagi kena elakkan makan/minum 2 jam sebelum dan 2 jam selepas menelan pil yang mengandungi Iron ( Vitalea or Pil Iron lain) makanan-makanan yang ada dalam list di bawah ini;

1. Bijirin Penuh
2. Oat
3. Susu
4. Gandum
5. Kuning telur

5 jenis sumber makanan ini bukanlah tak boleh diambil langsung. Tetapi perlu jarakkan selama 2 jam sebelum telan Vitalea dan juga 2 jam selepas telan Vitalea. So, kalau dah minum susu, kena tunggu 2 jam baru telan Vitalea ok. Seelok-eloknya telan Vitalea dan minum susu 2 jam selepas itu.

Dan makanan yang orang pregnant digalakkan makan ialah seperti dalam list di bawah ini;

1. Kekacang
2. Sayur-sayuran
3. Buah-buahan (untuk yang ada Diabetes kena kawal sikit)
4. Ikan dan semua jenis seafood
5. Daging ayam, lembu, kambing dll - sumber protein

Pesanan untuk yang tak nak berat badan naik banyak sangat bolehlah mengurangkan pengambilan nasi dan roti ye. Jangan tak makan langsung ye.

Nurse menggalakkan makan 8 biji kurma dan 8 biji badam setiap hari untuk naikkan HB. Tapi, sekarang ni masih lagi susah untuk mencari kurma. Tak lama lagi dekat-dekat bulan Ramadhan baru melambak di pasaran dan boleh didapati dengan harga murah. Tak sabarnya. Telan badam sahajalah setiap hari. Anak bujang sayapun suka juga makan badam. Baru nak masuk 2 tahun tapi dah pandai gigit kacang tu sampai hancur. =)
Ok, sekian tips untuk menaikkan HB melalui pemakanan.

Kebanyakan tips yang saya berikan ini saya dapat daripada nurse semasa check up di Klinik Kesihatan kerajaan. So, boleh digunapakai tanpa was was ye. =)

Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

Tuesday, April 8, 2014

Shaklee Ostematrix : Atasi Sembelit| Pengganti Susu

Salam..

Hari ni nak share pengalaman mengamalkn Ostematrix. Maklumlah bulan inikan bulan promosi Ostematrix. Alhamdulillah, sejak mengandung kali ini, saya memang langsung tak nak menelan susu. Tak teringin langsung nak menelannya. Hadoilah, masalah juga takut ada masalah kekurangan kalsium pula nanti. Kalau bukan anak, kesannya dapat pada si mamalah kan sebab janin akan menyerap kalsium daripada ibunya.

Nasib baiklah saya tahu pasal Ostematrix ni. Ostematrix ini ada sumber kalsium yang diperlukan oleh ibu mengandung/ibu menyusu. So, saya amalkan Ostematrix ini setiap hari untuk menampung keperluan kalsium. Dalam masa yang sama saya akan berusaha juga untuk minum susu. Hari tu ada try susu kambing jenama baru di Tesco. Tapi masa tu tak terfikir pula nak membelinya. Rasanya enak dan kena dengan tekak saya yang macam-macam sekarang ni. Nampaknya kena ke Tesco lah baru boleh beli susu. Tak naklah beli yang mahal-mahal sebab saya dah letakkan budget tu untuk Ostematrix.

Kenapa Ostematrix?

Sebab, Ostematrix ini bukan sahaja bagus untuk tulang tapi ia juga bagus untuk ibu mengandung/berpantang/menyusu yang ada masalah sembelit. Masa berpantanglah yang paling sakit sekali kalau sembelit kan. Tak sure pula bahan apa dalam Ostematrix yang menjadi penyebab kepada penyelesaian masalah sembelit ni tapi memang ramai yang bagi feedback positif. Selain itu, bila bangun pagi badan rasa lebih ringan dan segar walaupun tidur tak lama. Hilanglah rasa-rasa sengal dan lenguh-lenguh badan bila consume Ostematrix ini.

Saya memang syorkan Ostematrix ini untuk semua orang. Tak kira tua muda lelaki perempuan. Sebab setiap peringkat umur mesti memerlukan bekalan kalsium kan. Kalau tak, tulang/ gigi akan mudah reput/rosak. Dan bukan semua orang yang suka nak minum susu kan. Betul tak?

Ok lah. Itu sahaja buat kali ini. Dapatkan Ostematrix anda sekarang. Beli je 7 botol terus dengan harga promo yang terlajak murah bulan ini. Boleh simpan stok untuk 7 bulan terus kan. Jimat-jimat.


Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

Thursday, April 3, 2014

Promosi Ostematrix : Buy 6 Free 1

Salam..

Fuh..berhabuk dah blog ni.

Alhamdulillah dah sedikit recover from early pregnant sickness. So, bolehlah mula aktif berblog. Kalau tak, memang langsung tak boleh nak fokus depan PC/hanphone. Mesti pening, mual macam mabuk naik kenderaanpun ada. Sabar sahajalah kan.

Bulan April ini bulan yang best sebab merupakan bulan promosi produk kesukaan ramai orang, Ostematrix. Ostematrix ini terkenal dengan fungsi utamanya sebagai pengganti susu. Mana-mana orang yang tak suka minum susu tapi nak jaga kesihatan tulang, memang digalakkan telan sahaja Ostematrix ini. Ostematrix ini tak ada rasa pelik-pelik. Rasa dia kosong je. So, mudah nak telan.

Selain daripada bagus untuk kesihatan tulang, Ostematrix ni juga bagus untuk mengatasi masalah membuang tak lawas. Sepanjang saya consume Ostematrix ini, memang tiap-tiap hari akan membuang at least sekali. Selain daripada itu, tidur memang lebih selesa. Bila bangun pagi, badan jadi lebih ringan dan cergas. Tak adalah lemau-lemau. Nak bangun pagipun tak susah.

Promosi bulan ini, beli 6 botol percuma 1 botol. Bolehlah korang borong 7 botol terus. Dapat stok untuk 7 bulan terus dengan harga yang superb jimat. Expired datepun 2015 nanti. Boleh juga kongsi beli dengan kawan-kawan.

Kalau nak lebih jimat, daftar sahaja jadi ahli. Hanya RM65 yuran keahlian seumur hidup. Tak perlu nak beli tiap2 bulan untuk maintain ahli. Dapat pula diskaun 20% bila beli sebagai ahli. Boleh jana pendapatan kalau serius berbisnes.






..
Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374