Sunday, November 10, 2013

Bengkel Nutrisi Shaklee : Pengalaman Part 1

Salam korang..

Alhamdulillah syukur masih dipanjangkan umur untuk berkongsi cerita di Bengkel Nutrisi Shaklee yang saya hadiri pada 9/11/2013. Walaupun kesihatan tak berapa mengizinkan tetap jua menggagahkan diri ke Subang. Rasa rugi pula kalau tak join. Bukan selalu bengkel ini dibuat.

Pakar Nutrisi Shaklee bernama Sarah telah berkongsi tentang kebaikan setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee. Memang berbaloi dapat pergi bengkel ini lagi-lagi bagi orang baru macam saya yang tak tahu sangat kebaikan setiap produk Shaklee. Bermula dengan perkongsian tentang sejarah, misi dan juga keistimewaan Shaklee berbanding produk makanan kesihatan yang lain. Shaklee produknya selamat, berkesan, mesra alam.

Juga dikongsikan kenapa kini setiap orang perlu mengambil supplement?

KENAPA PERLU AMBIL SUPPLEMENT?

Ada 5 sebab utama dan juga 1 ancaman terbesar yang menyebabkan kita perlu mengambil supplement?

5 sebab utama tu;

1 - PENCEMARAN
2- MAKANAN YANG KURANG BERKHASIAT
3- GAYA HIDUP YANG KURANG SIHAT
4- TEKANAN HIDUP
5- PENGAMBILAN UBATAN SECARA BERLEBIHAN

1 ANCAMAN TERBESAR
--------->>>> PENUAAN SEL-SEL BADAN SECARA TIDAK SIHAT

Pasal produk Shaklee, kini Shaklee ada lebih kurang 23 jenis produk. Semuanya insyaAllah dijamin keberkesanannya. Setiap tahun Shaklee akan membuat ujian klinikal dan saringan ke atas setiap sumber bahan (raw material) yang digunakan untuk meenghasilkan setiap supplement. Bukan hanya pada produk supplement yang sudah siap. Maknanya setiap ingredients akan diuji. Ujian bukan dilakukan secara rawak sahaja. Ini untuk memastikan setiap produk Shaklee berkualiti tinggi dan mengikut piawaian yang ditetapkan. Even raw material daripada sumber yang sama tapi setiap kali raw material diterima, tetap akan dibuat ujian dahulu. Kalau ujian gagal, produkpun tak lepas. Itulah puncanya produk kehabisan di pasaran. Macam yang berlaku sekarang ini. Tengok betapa Shaklee betul-betul menjaga kualiti produknya.

So, setakat ini dahululah perkongsian saya tentang Bengkel Nutrisi yang saya pergi. InsyaAllah mungkin akan ada sambungan.

Tungguuu...

No comments:

Post a Comment