Tuesday, January 7, 2014

Alfalfa punya penangan : Jan 2014!

Salam you all.
Bulan ni bulan istimewa produk paling laris dalam Shaklee. Apa lagi kalau bukan ALFALFA COMPLEX.
Produk yang saya mula-mula consume dulu bersama ESP untuk MILK BOOSTER.

Alhamdulillah anak saya masih lagi dapat merasa susu badan di usianya hampir 1 tahun 8 bulan ini walaupun tidak lagi penuh. Kalau di rumah memang dapat bagi full tapi bila di taska jadi tak cukup pula. Memang selama ini saya bekalkan 5 botol tak putus-putus sampai umurnya 1 tahun 6 bulan. Tapi, lepas itu susu badan dah berkurang sebab di rumah dia dah kurang kerap menyusu dan sayapun tak sempat nak mengepam di rumah. Jadi hanya dapat pam di pejabat sahaja. Biasanya dapat 3 botol tapi kalau dekat-dekat period hanya dapat 2 botol. Alhamdulillah masih lagi mampu bekalkan susu perahan walaupun tak sebanyak dulu berkat rajin mengepam di pejabat dan mengambil supplement Shaklee secara istiqamah.

Rakan-rakan di office ramai yang dah kecundang. Paling lamapun sempat setahun sahaja. Sebab rutin kerja di kilang memang begitulah. Kena bersungguh-sungguh untuk curi sedikit masa untuk sesi pengepam. Kalau selalu terlepas memang susu akan drop. Ditambah pula dengan tekanan kerja. Saya bersyukur kerana mampu sampai ke tahap ini. Dan saya akan teruskan sehingga anak masuk 2 tahun.

Kalau nak dapat dengan harga yang super jimat dengan mendapat diskaun sehingga 20% untuk setiap produk, jadilah ahli Shaklee. Hanya RM65 sahaja yuran pendaftaran untuk seumur hidup. Berbaloi-baloi. Keahlian anda akan kekal walaupun anda tak beli produk berapa lama tempohnya sekalipun. Akaun akan aktif semula sebaik sahaja anda membuat pembelian semula. Senang kan. Plus, sekarang ni lebih mudah sebab tak perlu nak ke branch untuk membeli. Boleh membuat belian secara online dengan postage RM10 flat rate.


Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

No comments:

Post a Comment