Monday, January 13, 2014

Shaklee : Bisnes Dunia untuk Bekalan Akhirat

Salam korang..

Hari ni rasa macam nak kongsi pengalaman pertama dengan Shaklee. Pertama kali saya kenal Shaklee masa bulan puasa tahun 2012. Yea, masa itu Emir Ikhwan baru berumur 2 bulan lebih. Masa itu risau juga kalau-kalau susu badan drop sebab Emir Ikhwan ni minum banyak. Bekalan ke taska mesti ada 4-5 botol sehari. Kalau susu drop, susah juga nak maintain stock.

Yang memperkenalkan saya kepada Shaklee ialah kakak ipar saya sendiri. Melalui email saya kenal mommy Tuty. Mommy mencadangkan saya Set Menyusu Shaklee yang paling budget iaitu ESP dan Alfalfa. Memang saya pulunlah amalkan set itu sepanjang bulan puasa dan alhamdulillah stok susu banyak macam biasa. Tak drop pun walaupun berpuasa sepanjang hari. Alhamdulillah dapatlah saya berpuasa penuh tahun itu.

Lepas itu, saya stop amalkan Shaklee sebab stok susu badan memang tak ada masalah. Sentiasa meriah dan mencukupi sehinggalah Emir Ikhwan masuk usia setahun. Masa itu, susu mula drop bila seminggu nak period. Makin dekat period, makin berkuranglah bekalan. Haih, masa itu mulalah risau semula dan terus contact Mommy Tuty semula. Masa tu dia suggest saya tambah Ostematrix. Alhamdulillah, penghasilan susupun ok. Walaupun still drop tapi tak seteruk sebelum amalkan Ostematrix.

Sebab berpuas hati dengan produk Shaklee ini, saya bertekad nak join jadi member. Bukan sekadar untuk mendapatkan produk dengan harga terendah, tapi untuk berkongsi keberkesanan dan kebaikan produk Shaklee ini kepada orang lain supaya boleh hidup sihat dan mudah untuk beribadah kepadaNya. Alhamdulillah, saya belajar macam-macam ilmu dunia dan akhirat dalam bisnes Shaklee ini. Rasa kehidupan semakin dipermudahkan dan lebih tenang berbanding dahulu.

Berminat nak join Shaklee. Hubungi sahaja saya. In sha Allah, Group kami memberi bimbingan terbaik bukan setakat untuk kaya di dunia tetapi kaya di akhirat. =)


Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

No comments:

Post a Comment