Wednesday, May 14, 2014

Personal Coaching Santai bersama Mommy Mychibibox

Personal Coaching santai bersama Mommy Mychibibox

telahpun berlangsung dengan jayanya semalam. Planning nak pergi awal pagi. Tapi dek kerana taska tutup, kenalah siapkan si kecil dan buat dulu kerja-kerja mengemas sikit di rumah. Yang lagi best stok susu Emir memang ngam-ngam untuk minum pagi tu sahaja. So, kena singgah pula Mydin beli stok susu. Sudahnya pukul 10 pagi baru bertolak dari rumah. Memang dah bagitahu Mommy awal-awal dan janji akan sampai paling lewat pukul 11 pagi. Dengan dalam purse hanya tinggal RM4 sebab tak sempat nak ke mesin ATM dan perjalanan dari rumah ke destinasi langsung tak jumpa mesin ATM. RM4 tu cukup-cukup sahaja untuk bayar tol LATAR 2 kali sebelum sampai ke persimpangan Puncak Alam.

Alhamdulillah perjalanan di permudahkan olehNya dengan bantuan WAZE. Dan berjaya sampai pukul 10.45 pagi. Nasib baik tak memungkiri janji di pertemuan pertama kali di rumahnya. Saya bersama Kak Niey diberi coaching oleh Mommy Tuty Mychibibox secara santai. Anak-anak kami bertiga dibiarkan bermain bersama di ruangan yang sama. Ini yang menariknya bila join kumpulan kami. Anak-anak dan suami tak ditolak tepi. Tak perlulah pening kepala memikir untuk ditinggalkan di mana-mana sepanjang tempoh meeting.

Banyak tips-tips berkaitan #LOA iaitu Law of Attraction, Buat Matlamat dan membayangkn matlamat itu menjadi kenyataan, bagaimana nak membina empayar dengan konsep #3S iaitu Sharing, Sponsoring and Servicing. Kami juga ditunjukan dengan award-award yang pernah di terima oleh Mommy Tuty sepanjang berbusiness Shaklee. Lepas itu pesan Mommy doa dan restu ibu bapa dan suami itu paling perlu dan perlu jelas dan terang. Tak perlu malu untuk meminta daripada Allah SWT. Memang banyak yang dikongsi sampai tak tartulis di sini. Kena catit dalam buku supaya tak lupa. Oh ya, tips untuk naikkan rank blog pun diajar juga iaitu tips #SEO .

Memang kami dahagakan ilmu dan sumber motivasi daripada orang yang dah berjaya seperti Mommy. Mommy dah jadi Sr. Coordinator. Ada beberapa tangga sahaja lagi sebelum ke kemuncak iaitu menjadi Master Coordinator. Segalanya tidak mustahil kecuali kalau kita yang menafikannya sejak awal. Jangan mengalah sebelum mencuba dan jangan mengalah juga bila gagal. Cari punca kenapa gagal dan cuba bangkit. Itulah antara amanat berharga yang dikongsi.

Bagaimana nak menjana pendapatan 5-6 Angka sebulan dengan Shaklee ?- 

Jom bersama-sama kami menggapai impian. Semua orang punya impian untuk bebas hutang, memiliki pendapatan 5 ke 6 angka sebulan, memilik rumah idaman, kereta idaman dan melancong ke luar negara. Segala itu tidak mustahil dengan join Shaklee.Shaklee ada menawarkan #3BonusShaklee iaitu Cash Bonus, Car Bonus dan Convention Bonus (bonus melancong atau umrah). Tapi, ianya seiring dengan usaha dan pengorbanan kita untuk mencapainya. Pengorbanan masa dan tenaga itu paling perlu. Mommy cerita kebanyakan Master Coordinator sebelum mereka berjaya dahulu tidur tak cukup. Kadang-kadang 1 jam sahaja. Kenapa mereka boleh tapi kita tak boleh kan? Kita boleh sebenarnya cuba sebelum ini kita tak tahu dan tak nampak jalan. Dengan menjadi ahli kumpulan kami, kami akan suluhkan jalan untuk mencapai kejayaan. Terpulang kepada anda sama ada nak ikut atau tak. Hanya RM75 diperlukan. Ya, hanya RM75 sahaja modal permulaan. Dan anda akan dibimbing untuk berjaya.

#ShakleeSelayang #Coachingsantai #Personalcoaching #janapendapatan #3BonusShaklee



Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374
supplement4urhealth@gmail.com FB : NoorAfzanMuhamad FB Fan Page : Supplement 4 ur health


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment