Shaklee May 2014 Promo

Shaklee May 2014 Promo

Thursday, January 30, 2014

Kedai Shaklee buka 24/7.

Assalamualaikum..
Lately memang tak dapatlah nak cergas-cergas sebab kesihatan tak berapa mengizinkan. Walau bagaimanapun tetap kena coret sesuatu di blog ini. Kalau tak senyap sunyi sepilah ia kan. Alhamdulillah, dah hampir sebulanpun tahun baru. Nasib baik dapat kekalkan UV melepasi border walaupun tak sehebat bulan lepas. Apatah lagi untuk capai target sebenar bulan ini untuk naik rank.

Bulan ini memang terpaksa berehat sebentar. Mungkin bulan Februaripun sama. Tak dapat nak cergas-cergas juga. Mungkin ada hikmah dan rezeki yang lebih besar menanti dihujung jalan. Cuba juga sedaya upaya untuk kuatkan semangat buat promosi dan juga meningkatkan amalan MMR tapi dek kerana kekangan kesihatan dan work load yang berlambak menjelang cuti CNY ni, ada yang rompong sana sini.

Walau apapun yang berlaku bisnes tetap diteruskan seperti biasa. Kedai Shaklee saya sentiasa OPEN 24/7 ok. So, apa lagi dapatkan produk-produk Shaklee dengan saya.

Antara Set- Set Shaklee yang menjadi kegemaran ramai ialah;

Set Menyusu
Set Mengandung Trimester 1
Set Mengandung Trimester 2 & 3
Set Berpantang
Set Kurus
Set Wanita dan Kesuburan
Set Kasih Sayang Suami Isteri
Set Gout
Set Kencing Manis/Darah Tinggi/Jantung
Set Alahan
Set Maigrain
Set Tulang Kuat
Set Sendi
Set Kanak-kanak
Set Smart Brain
Set Resdung
Set Kulit Cantik
Set Asma
Set Buasir
Set Gastrik
Dan lain-lain..

Kalau nak dapat dengan harga yang super jimat dengan mendapat diskaun sehingga 20% untuk setiap produk, jadilah ahli Shaklee. Hanya RM65 sahaja yuran pendaftaran untuk seumur hidup. Berbaloi-baloi. Keahlian anda akan kekal walaupun anda tak beli produk berapa lama tempohnya sekalipun. Akaun akan aktif semula sebaik sahaja anda membuat pembelian semula. Senang kan. Plus, sekarang ni lebih mudah sebab tak perlu nak ke branch untuk membeli. Boleh membuat belian secara online dengan postage RM10 flat rate.


Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

Monday, January 27, 2014

Promo Alfalfa dah nak tamat: 5 hari je lagi!

Assalamualaikum..

Dah seminggu blog tak update. Ini tak boleh jadi.
Hari ini pula dah 27hb. Lagi beberapa hari sahaja promosi Alfalfa nak tamat.
Korang yang dah gaji tu jom dapatkan produk Shaklee daripada saya sekarang.

Promosi hebat untuk Set-Set Bajet berikut;


Set Kurus
Set Eczema/Alahan/Resdung
Set Suami Isteri
Set Wanita/kesuburan
Set Milk booster
Set Gout/Asma

Lai--lai..
Dapatkan sekarang dengan saya ye.
=)

Kalau nak dapat dengan harga yang super jimat dengan mendapat diskaun sehingga 20% untuk setiap produk, jadilah ahli Shaklee. Hanya RM65 sahaja yuran pendaftaran untuk seumur hidup. Berbaloi-baloi. Keahlian anda akan kekal walaupun anda tak beli produk berapa lama tempohnya sekalipun. Akaun akan aktif semula sebaik sahaja anda membuat pembelian semula. Senang kan. Plus, sekarang ni lebih mudah sebab tak perlu nak ke branch untuk membeli. Boleh membuat belian secara online dengan postage RM10 flat rate.


Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

Saturday, January 18, 2014

Set Berpantang Shaklee

Salam korang..

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan untuk menaip sepatah dua perkataan dalam blog ni. Di hujung minggu yang indah ni saya nak share Set Berpantang Shaklee. Ramai yang tak tahu Shaklee juga ada gabungan set produk yang sesuai dijadikan Set Berpantang. Dulu sayapun tak tahu juga masa mengandungkan anak pertama. Jadi sekarang bila dah tahu pasal ini saya akan amalkan set ini bila tiba masa untuk dapat anak no. 2 pula.

Set Berpantang Basic Shaklee terdiri daripada 4 jenis produk Shaklee iaitu Vitalea, B-Complex, Vita-C dan jugaZinc Complex. Setiap satu produk ini ada fungsi-fungsi tertentu yang membantu ibu-ibu berpantang untuk kembali pulih.

VITALEA : Untuk mengekalkan paras HB para ibu semasa mengandung (kalau makan masa mengandung) dan juga selepas bersalin kerana kebiasaaan ibu bersalin akan kehilangan banyak darah.

B-COMPLEX : Untuk mengekalkan tenaga (yang lemah selepas bertarung dalam labour room) serta mengawal emosi ketika berpantang. Ibu-ibu berpantangkan tak boleh solat. Jadi mudah stress yang boleh membawa kepada masalah gila meroyan. Jadi B-Complex membantu mengatasi masalah itu.

Vita C : Untuk pembaikan luka dalaman serta sebagai agen penyerap Iron yang lebih optimum ke dalam badan. Selain itu membantu meningkatkan antibodi badan juga.

ZINC COMPLEX : Bertindak seperti ikan haruan untuk menyembuh luka dalaman. Sangat sesuai untuk mereka yang tak suka makan ikan haruan. Malah dalam masa yang sama membantu mengatasi masalah keguguran rambut.

Ada 2 lagi additional dalam Set Berpantang ni iaitu Ostematrix dan ESP.

OSTEMATRIX : Membantu mengurangkan lenguh-lenguh badan, menggantikan sumber kalsium yang telah diambil oleh baby semasa menyusu. Serta sangat berkesan untuk masalah sembelit.

ESP : Membantu mempercepatkan penghasilan susu badan. Juga bagus untuk memudarkan parut czer. 

Korang digalakkan untuk menerukan pengambilan set perpantang ni sampai 3-4 bulan. Tapi, Kalau korang hanya nak pakai untuk 40 hari sahajapun boleh. PM saya untuk dapatkan Set Berpantang 40 hari dengan harga yang super jimat.





 Kalau nak dapat dengan harga yang super jimat dengan mendapat diskaun sehingga 20% untuk setiap produk, jadilah ahli Shaklee. Hanya RM65 sahaja yuran pendaftaran untuk seumur hidup. Berbaloi-baloi. Keahlian anda akan kekal walaupun anda tak beli produk berapa lama tempohnya sekalipun. Akaun akan aktif semula sebaik sahaja anda membuat pembelian semula. Senang kan. Plus, sekarang ni lebih mudah sebab tak perlu nak ke branch untuk membeli. Boleh membuat belian secara online dengan postage RM10 flat rate.

Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

Friday, January 17, 2014

Sijil Halal Shaklee : diiktiraf JAKIM

Salam korang..

Kepada yang tak tahu, Shaklee merupakan produk keluaran US. Dengar sahaja US mesti ada yang tertanya-tanya status Halalnya kan. Ya, sayapun begitu dahulu. Memang check dulu habis-habisan status Halal Shaklee ini.

 SHAKLEE ni halal ye. Dan tiap-tiap tahun sijil Halal Shaklee ini diperbaharui. Iaitu setiap Februari. Sijil Halal terbaru telah dikelurkan pada 06 February 2013. Untuk tahun 2014, in sha Allah bulan depan akan keluar. Sijil Halal ini dikeluarkan oleh ISA (Islamic Services of Amerika). Dan ISA ini telah mendapat pengiktirafan oleh JAKIM. Jadi halalan toyyiba.

Perlu diingatkan hanya produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia sahaja yang halal yea. Macam isu BOVINE Gelatin tu ia dibuat daripada Lembu yang telah disembelih. Ini telah disahkan oleh pengedar-pengedar yang berkesempatan ke kilang Shaklee di US. Hanya untuk pasaran Malaysia. So, tak ada istilah was-was lagi. Dalam sijil inipun ada senarai produk-produk keluaran Shaklee yang disahkan halal.

Sijil halal ini boleh juga di dapati di SINI

So, buanglah prasangka dan was-was anda jauh-jauh. Dapatkan produk Shaklee anda sekarang.
COD ke Puchong (Alternate weekend), Selayang, Rawang, Sungai Choh dan Serendah.

Kalau nak dapat dengan harga yang super jimat dengan mendapat diskaun sehingga 20% untuk setiap produk, jadilah ahli Shaklee. Hanya RM65 sahaja yuran pendaftaran untuk seumur hidup. Berbaloi-baloi. Keahlian anda akan kekal walaupun anda tak beli produk berapa lama tempohnya sekalipun. Akaun akan aktif semula sebaik sahaja anda membuat pembelian semula. Senang kan. Plus, sekarang ni lebih mudah sebab tak perlu nak ke branch untuk membeli. Boleh membuat belian secara online dengan postage RM10 flat rate. 


Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

Wednesday, January 15, 2014

Meal Shakes : Nutrisi lengkap untuk Kanak-Kanak

Salam you all,

Pernah dengar pasal Meal Shakes Shaklee tak? Minuman kesukaan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Meal Shake ni terkenal sebagai makanan tambahan untuk kanak-kanak seawal usia 1 tahun ke atas dan juga sebagai minuman penting semasa bulan puasa lagi-lagi kepada kanak-kanak. Kalau nak start ajar anak-anak berpuasa bolehlah bersahur dengan Meal Shakes. In sha Allah anak-anak akan lebih bertenaga dan mampu untuk berpuasa penuh.

Saya ada testimoni daripada cutomer saya yang baru sahaja berikan anaknya makan meal shake ni.

Afzan, anak I suka sangat dengan minuman Meal Shakes tu. I bancuh 1 scoop setiap pagi. Tak perlu buat sarapan lain. Dia pergi sekolah pagi. Tengahari itu balik dia masih bertenaga. Selalunya, balik daripada sekolah badan dia letih, lembik dan nampak tak bertenaga. 

Then, petang tu pergi kelas tuition, dia cakap tak mengantuk dan dapat fokus dalam kelas. Cikgu sendiri mengakuinya. Selalunya, dia cepat mengantuk di kelas tuition dan tak dapat fokus. I nak teruskan bagi dia Meal Shakes ni. Nanti I order lagi yea.

Dewi, Serendah

Apa tu MEAL SHAKES?

MEAL SHAKES adalah makanan tambahan yang menyediakan hidangan lengkap dan asid amino yang nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian. 
Ia diperbuat daripada bahan semulajadi-buah-buahan,sayur-sayuran,kacang soya,lactalbumin (sejenis susu).
Lactalbumin adalah bahan yg terbaik dan mengandungi organisma protein yg sgt berkualiti dan mudah diserap oleh sistem badan tubuh dari peringkat BAYI (atas 1 tahun) hingga ORANG DEWASA.

MEAL SHAKES nie sesuai tuk kanak-kanak yang ada ASTMA,ECZEMA,KURANG SELERA MAKAN,KURANG AKTIF,SEMBELIT......
Ada 6 fakta menarik pasal MEAL SHAKES ni ialah;
1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan
Trace Mineral.Kekurangan trace mineral akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
 
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
 
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan..
 
5. Mengembalikan Seri Wajah
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
 
6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
(info ambil dari BUKU PANDUAN NUTRISI SHAKLEE)
 
 Sebab itu saya amat sarankan ibu-bapa memberikan anak-anak masing-masing Meal Shakes. In sha Allah amat berbaloi. Harganyapun tak sampai RM120 dan boleh tahan sebulan. Boleh dijadikan sarapan sebelum ke sekolah. In sha Allah menjimatkan.

Meal Shakes ini juga sesuai untuk orang dewasa yang,

1. Terlalu sibuk sehingga makan tak tentu masa.
2. Untuk bersahur ketika puasa.
3. Untuk tambah berat badan/gemuk.
4. Untuk yang tak suka telan pil supplement.
5. Ibu mengandung dan ibu menyusu.
6. Untuk yang mempunyai masalah alahan/eczema/sembelit tapi tak suka makan pil.

Kalau nak dapat dengan harga yang super jimat dengan mendapat diskaun sehingga 20% untuk setiap produk, jadilah ahli Shaklee. Hanya RM65 sahaja yuran pendaftaran untuk seumur hidup. Berbaloi-baloi. Keahlian anda akan kekal walaupun anda tak beli produk berapa lama tempohnya sekalipun. Akaun akan aktif semula sebaik sahaja anda membuat pembelian semula. Senang kan. Plus, sekarang ni lebih mudah sebab tak perlu nak ke branch untuk membeli. Boleh membuat belian secara online dengan postage RM10 flat rate. 


Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul : Kedai Shaklee buka yea!

Salam Maulidur Rasul daripada saya Afzan Supplement4urhealth.

Alhamdulillah, masih lagi mampu untuk berselawat kepada Rasulullah pada hari ini. Jom ramai-ramai kita hayati dan meraikan hari ini dengan gembira.

Ini sedikit sebanyak penjelasan berkenaan sambutan Maulidur Rasul di Malaysia daripada wikipedia.

Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
 Kedai Shaklee Online saya buka seperti biasa walaupun hari ini cuti. Bulan ini bulan promo Alfalfa Complex.Beli 6 Percuma 1. Sila-sila membuat pembelian. Set Combo Alfalfapun banyak ni. Kalau anda pengguna set-set di bawah ini better grab terus 7 botol. Tak pun pakat-pakat dengan kawan-kawan untuk beli secara pukal. Lagi jimat.


1. Set Milk booster
2. Set Gout
3. Set Alahan / Resdung
4. Set Suami Isteri
5. Set Kurus
6. Set Wanita & kesuburan

Kalau nak dapat dengan harga yang super jimat dengan mendapat diskaun sehingga 20% untuk setiap produk, jadilah ahli Shaklee. Hanya RM65 sahaja yuran pendaftaran untuk seumur hidup. Berbaloi-baloi. Keahlian anda akan kekal walaupun anda tak beli produk berapa lama tempohnya sekalipun. Akaun akan aktif semula sebaik sahaja anda membuat pembelian semula. Senang kan. Plus, sekarang ni lebih mudah sebab tak perlu nak ke branch untuk membeli. Boleh membuat belian secara online dengan postage RM10 flat rate.


Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

Monday, January 13, 2014

Shaklee : Bisnes Dunia untuk Bekalan Akhirat

Salam korang..

Hari ni rasa macam nak kongsi pengalaman pertama dengan Shaklee. Pertama kali saya kenal Shaklee masa bulan puasa tahun 2012. Yea, masa itu Emir Ikhwan baru berumur 2 bulan lebih. Masa itu risau juga kalau-kalau susu badan drop sebab Emir Ikhwan ni minum banyak. Bekalan ke taska mesti ada 4-5 botol sehari. Kalau susu drop, susah juga nak maintain stock.

Yang memperkenalkan saya kepada Shaklee ialah kakak ipar saya sendiri. Melalui email saya kenal mommy Tuty. Mommy mencadangkan saya Set Menyusu Shaklee yang paling budget iaitu ESP dan Alfalfa. Memang saya pulunlah amalkan set itu sepanjang bulan puasa dan alhamdulillah stok susu banyak macam biasa. Tak drop pun walaupun berpuasa sepanjang hari. Alhamdulillah dapatlah saya berpuasa penuh tahun itu.

Lepas itu, saya stop amalkan Shaklee sebab stok susu badan memang tak ada masalah. Sentiasa meriah dan mencukupi sehinggalah Emir Ikhwan masuk usia setahun. Masa itu, susu mula drop bila seminggu nak period. Makin dekat period, makin berkuranglah bekalan. Haih, masa itu mulalah risau semula dan terus contact Mommy Tuty semula. Masa tu dia suggest saya tambah Ostematrix. Alhamdulillah, penghasilan susupun ok. Walaupun still drop tapi tak seteruk sebelum amalkan Ostematrix.

Sebab berpuas hati dengan produk Shaklee ini, saya bertekad nak join jadi member. Bukan sekadar untuk mendapatkan produk dengan harga terendah, tapi untuk berkongsi keberkesanan dan kebaikan produk Shaklee ini kepada orang lain supaya boleh hidup sihat dan mudah untuk beribadah kepadaNya. Alhamdulillah, saya belajar macam-macam ilmu dunia dan akhirat dalam bisnes Shaklee ini. Rasa kehidupan semakin dipermudahkan dan lebih tenang berbanding dahulu.

Berminat nak join Shaklee. Hubungi sahaja saya. In sha Allah, Group kami memberi bimbingan terbaik bukan setakat untuk kaya di dunia tetapi kaya di akhirat. =)


Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

Saturday, January 11, 2014

Set Penyusuan Popular Shaklee - Mesti cuba Set 3M bila anak 18 bulan!

Salam korang.

Hari ni saya nak share coretan seorang ibu yang Berjaya meyusukan anaknya selama 3 tahun lebih . Saya rasa malu sebab nak capai 2 tahun inipun macam nak give up sebab sejak minggu lepas susu dah mula merudum kembali. Dan saya hanya dapat bekalkan Emir 3 botol susu sahaja sehari instead of 5 botol yang dia perlukan. Selebihnya terpaksa ditampung susu formula. Walaupun saya masih gigih berusaha tetapi rasa sedih sebab terpaksa juga bagi dia susu formula. 

So, ibu-ibu menyusu semua. Please don’t ever give up ye. Dia coretkan rahsia terbesar untuk banyakkan susu dalam nukilan INI .
Petua nak berjaya ialah ikut dan tiru cara orang yang dah berjaya itu buat. In Sha Allah.
Saya kongsikan di bawah ini jenis-jenis set menyusu dan manfaatnya kepada ibu menyusu.
Sebelum anda memilih set penyusuan yang selari dengan keperluan anda, saya sarankan anda maklumkan kepada pengedar Shaklee anda;


  1.    Jadual pemakanan harian anda
  2.   Berapa liter minum sehari.
  3.   Berapa kali anda membuat sesi perahan di pejabat atau jika tidak bekerja, bagaimana jasual penyusuan si manja anda.


Andai ada yang bertanya boleh ke saya beli satu –dua jenis sahaja?
Jawapan saya : berbalik kepada si ibu. Jika punya kemampuan bagus beli yang menyeluruh.

Antara set popular ialah:

1.       Set B (Vita Lea, B Complex, Vita C dan Alfalfa)

  1. Mengandungi Multivitamin dengan Zat Besi, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa.
  2. Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan.
  3. Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu.
  4. Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat.
  5. Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan.
  6. Bagi bayi yang mempunyai eczema, set ini dapat membantu.
  7. Kurang sesuai untuk ibu yang baru melahirkan/berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa


2.       Set Eu Four Pack (Vita Lea, B Complex, Vita C dan Ostematrix)

  1. Mengandungi multivitamin dengan Zat Besi, Vitamin B, Vitamin C dan Kalsium
  2. Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  3. Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  4. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum sisi dan alah kepada lactose
  5. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap untuk penyerapan kalsium yang berkesan iaitu kalsium, magnesium dan Vitamin D.
  6. Selain itu, set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.


3.       Set E (Vita Lea, B Complex, Vita C, Alfalfa dan Ostematrix)

  1. Mengandungi Multivitamin lengkap dengan Zat Besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsuim dan Alfalfa.
  2. Set ini member kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mengandungi khasiat protein di dalamnya.


4.       Set 3M (Vita Lea, B Complex, Vita C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP)

  1. Mengandungi Multivitamin lengkap dengan Zat Besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsuim, Alfalfa dan ESP.
  2. Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  3. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah menghasilkan susu walaupun telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.. maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  4. Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak.
  5. Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat.
  6. Set paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi/induce relactation – contohnya ibu telah berhenti menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama-sama tips yang saya bagi, in sha Allah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
 Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut pyramid makanan yang disarankan.
Buat renungan bersama..

“Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkan kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”

Coretan daripada blog anakkuwiraku.com @ Kak N

Bila rasa nak give up sahaja mesti cari blog Kak N ni. Sekarang ni rasa bersemangat sikit nak buat stok susu kembali dengan Set 3M. Set yang terdiri daripada Vita C, Vita Lea, B Complex, Ostematrix, Alfalfa dan ESP. Sekarang ni yang saya amalkan Cuma Vita C, Ostematrix, Alfalfa dan ESP. Nampaknya lepas ini saya kena tambah dengan B Complex dan Vita Lea. Chaiyok Afzan. 4 months to go. Nantikan hasilnya bulan depan. In sha Allah =)

Berminat nak menambah stok susu macam saya juga?
Hubungi saya untuk mendapatkan set menyusu pilihan anda sekarang.

Afzan
Call/Whatsapp/Viber :  012-372 8374
Email : supplement4urhealth@gmail.com
FB : NoorAfzanMuhamad
FB Fan Page : Supplement 4 ur health
COD area Selayang, Rawang, Sungai Choh dan Serendah

Kalau nak dapat dengan harga yang super jimat dengan mendapat diskaun sehingga 20% untuk setiap produk, jadilah ahli Shaklee. Hanya RM65 sahaja yuran pendaftaran untuk seumur hidup. Berbaloi-baloi. Keahlian anda akan kekal walaupun anda tak beli produk berapa lama tempohnya sekalipun. Akaun akan aktif semula sebaik sahaja anda membuat pembelian semula. Senang kan. Plus, sekarang ni lebih mudah sebab tak perlu nak ke branch untuk membeli. Boleh membuat belian secara online dengan postage RM10 flat rate. 

Thursday, January 9, 2014

Set Kulit Cantik Shaklee terbaik

Salam korang..

Korang ada masalah kulit tak? Kulit terlebih minyaklah, berjerawatlah, berjeragatlah, ada cela-cela, tona tak sekata! Kalau korang tak ada amalkan supplemen atau makanan kesihatan untuk kulit, mesti adakan at least salah satu masalah ini. 

Lagi-lagi bila period. Masa itu hormon kan tak stabil. Maka masa itulah kulit nak nampak kusam dan jerawatpun berlumba-lumba naik. Lepas itu, bila dah surut je, jadi parut pula. Huhu.. scary kan?

Sayapun ada juga alami masalah ini. Saya cadangkan korang cuba Set Kulit Cantik Shaklee. Korang kena ambil Vitamin E, B Complex dan Vitamin C. Memang kombinasi terbaik untuk buat kulit korang gebu dan tak banyak masalah lagi-lagi masa period nanti. 


 

Nak tahu kenapa?
Haa..ketiga-tiga ini ada fungsi-fungsi tertentu pada kulit. Kalau tak ada salah satu macam tak lengkaplah proses. 

Vita E Complex
Fungsinya untuk melambatkan proses penuaan kulit. Bila proses penuaan lambat, maka kedut dan garis halus di muka akan berkurang. Malah, jerawat susah nak keluar dan parut jerawatpun cepat hilang tau. 

B Complex
Supplement ni terkenal sebagai pengurang stress. Perasan tak, kalau kita stress, muka kita akan jadi kusam dan tak berseri. Haa..sebab itu B Complex ni penting untuk meningkatkan seri wajah. Ia juga membantu mendapatkan tona kulit yang sekata.

Vita C
Vita C ini menggalakkan pembentukan kolagen dalam tubuh badan kita. Bila kolagen terbentuk maka kulit akan menjadi lebih tegang disebabkan kolagen memegang antara sel-sel kulit supaya tak terputus. Sebab rasa kulit tegang dan anjal. Orang yang ada alahan kulit atau kulit sensitif memang elok sangat makan  Vita C ini juga. Selain itu ia juga dapat menyekat pembentukan pigmentasi di kulit. 

Belum cuba, belum tahu. Dah cuba baru tahu kan? So, apa lagi dapatkan set anda hari ini juga. 

Kalau nak dapat dengan harga yang super jimat dengan mendapat diskaun sehingga 20% untuk setiap produk, jadilah ahli Shaklee. Hanya RM65 sahaja yuran pendaftaran untuk seumur hidup. Berbaloi-baloi. Keahlian anda akan kekal walaupun anda tak beli produk berapa lama tempohnya sekalipun. Akaun akan aktif semula sebaik sahaja anda membuat pembelian semula. Senang kan. Plus, sekarang ni lebih mudah sebab tak perlu nak ke branch untuk membeli. Boleh membuat belian secara online dengan postage RM10 flat rate. 


Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

Set Slimming Bajet Shaklee

Salam  korang..

Alhamdulillah, berjumpa lagi kita hari ni. Sempena bulan Alfalfa ni saya memang nak sangat share produk terhangat dan paling murah untuk kuruskan badan dengan sihat dan semulajadi. Dapatkan segera dengan menghubungi saya Afzan di 012-272 8374.


Bercakap pasal testimonial, memang ramai sebenarnya pelanggan saya yang dah rasa kesannya. Testimoni dalam gambar ni ialah oleh mama saya sendiri, Mama Huda dan Kak Siti Sayang. Kalau betul-betul jaga makan dan konsisten mengamalkannya ikut jadual memang boleh kuruslah. In sha Allah.

Ramai orang yang takut nak gunakan Set Kurus sebab takut bila lepas berhenti guna, badan naik cepat malah lebih berat daripada berat dulu. In sha Allah, Shaklee tak macam tu. Ianya supplement yang membantu mengembalikan kesihatan kita. Kira macam kurus secara semulajadilah. Supplement ini hanya sebagai pemangkin untuk anda kurus ataupun nak maintainkan badan supaya tak naik.

Dan kalau anda stop guna, badan akan kekal kurus kalau jaga portion makan. Kalau selera makan macam naga memang badan akan mudah naik baliklah. Itu orang kata gemuk secara semulajadi. Sebab sendiri yang tak jaga kan.

Macam  saya, saya terus je amalkan walaupun berat badan dah ideal. Sebab nak maintain berat badan, Lagipun Set Slimming Bajet ni murah sahajakan. Mampu untuk continue setiap bulan. Korang yang nak jaga badan tu memang saya recommend sangat set ini. Tapi buat masa ini Herb-lax kehabisan stok di Malaysia. 

Nasib baik saya ada simpan stok sikit. Kalau korang berminat boleh terus hubungi saya ye. Stok limited sangat-sangat ni. 

Kalau nak dapat dengan harga yang super jimat dengan mendapat diskaun sehingga 20% untuk setiap produk, jadilah ahli Shaklee. Hanya RM65 sahaja yuran pendaftaran untuk seumur hidup. Berbaloi-baloi. Keahlian anda akan kekal walaupun anda tak beli produk berapa lama tempohnya sekalipun. Akaun akan aktif semula sebaik sahaja anda membuat pembelian semula. Senang kan. Plus, sekarang ni lebih mudah sebab tak perlu nak ke branch untuk membeli. Boleh membuat belian secara online dengan postage RM10 flat rate. Apa lagi di tunggu...!


Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

Tuesday, January 7, 2014

Alfalfa punya penangan : Jan 2014!

Salam you all.
Bulan ni bulan istimewa produk paling laris dalam Shaklee. Apa lagi kalau bukan ALFALFA COMPLEX.
Produk yang saya mula-mula consume dulu bersama ESP untuk MILK BOOSTER.

Alhamdulillah anak saya masih lagi dapat merasa susu badan di usianya hampir 1 tahun 8 bulan ini walaupun tidak lagi penuh. Kalau di rumah memang dapat bagi full tapi bila di taska jadi tak cukup pula. Memang selama ini saya bekalkan 5 botol tak putus-putus sampai umurnya 1 tahun 6 bulan. Tapi, lepas itu susu badan dah berkurang sebab di rumah dia dah kurang kerap menyusu dan sayapun tak sempat nak mengepam di rumah. Jadi hanya dapat pam di pejabat sahaja. Biasanya dapat 3 botol tapi kalau dekat-dekat period hanya dapat 2 botol. Alhamdulillah masih lagi mampu bekalkan susu perahan walaupun tak sebanyak dulu berkat rajin mengepam di pejabat dan mengambil supplement Shaklee secara istiqamah.

Rakan-rakan di office ramai yang dah kecundang. Paling lamapun sempat setahun sahaja. Sebab rutin kerja di kilang memang begitulah. Kena bersungguh-sungguh untuk curi sedikit masa untuk sesi pengepam. Kalau selalu terlepas memang susu akan drop. Ditambah pula dengan tekanan kerja. Saya bersyukur kerana mampu sampai ke tahap ini. Dan saya akan teruskan sehingga anak masuk 2 tahun.

Kalau nak dapat dengan harga yang super jimat dengan mendapat diskaun sehingga 20% untuk setiap produk, jadilah ahli Shaklee. Hanya RM65 sahaja yuran pendaftaran untuk seumur hidup. Berbaloi-baloi. Keahlian anda akan kekal walaupun anda tak beli produk berapa lama tempohnya sekalipun. Akaun akan aktif semula sebaik sahaja anda membuat pembelian semula. Senang kan. Plus, sekarang ni lebih mudah sebab tak perlu nak ke branch untuk membeli. Boleh membuat belian secara online dengan postage RM10 flat rate.


Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374