Salam semua..
Zaman sekarang ni zaman teknologi tapi teknologi ini jugalah yang membuatkan kita tiap-tiap hari menghirup udara berkimia dan makan makanan berkimia. Makanan dah tak sesegar dahulu. Kandungan nutrein yang sepatutnya ada dalam sumber makanan tertentu mungkin sikit ataupun tiada langsung disebabkan bahan kimia yang digunakan semasa memprosesnya menjadi bentuk yang sedia untuk dimakan. Buah-buahan dan sayuran pun boleh menjadi GMO. GMO korang boleh google sendiri tengok apa kesan sampingan bila kita memakannya.
Jadi pengambilan makanan tambahan berbentuk supplement memang digalakkan untuk mencukupkan nutrein yangdiperlukan badan. Kita sebenarnya sakit dan mengalami masalah kesihatan badan lain disebabkan tak cukup nutrien. Kalau cukup semuanya insyaAllah kita sihat sahaja. Rambut beruban merupakan salah satu kesan bila badan kurang nutrien.
Tahukan ANDA bahawa kekurangan Vitamin B12 merupakan salah satu punca rambut beruban?