Salam semua..
Alhamdulillah
kita masih lagi diberi rezeki untuk bernafas dan beribadah kepada Allah
SWT. Pagi ini saya dan rakan sekerja diuji dengan jalan yang sesak
disebabkan lori rosak di depan kilang Lafarge, Rawang. Hampir semua
masuk lambat hari ni. Mujurlah company ini tak se'strict' company jepun.
Kalau tidak semuanya wajib ambil halfday EL. Takpun terus pergi klinik
ambil MC sebab tekanan darah naik sampai sakit kepala. Selalunya jalan
jem ini dikaitkan dengan lembah kelang dan bandaraya kl. Tapi, sesekali
tempiasnya terkena juga pada yang berada di sempadan ini. Sesekali diuji
tak apalah kan. Bukan selalu.
Kan dah
melalut ni. Asalnya nak cerita pasal Shaklee. Mesti ramai yang curious
macam mana sebenarnya cara nak menjadi Ahli Shaklee ni. Faedahnya
mungkin ramai yang sudah tahu secara generalnya. Moleklah kiranya
saya.rungkai persoalan tersebut sekarang. Ada beberapa cara sebenarnya
untuk menjadi ahli atau SID ( Shaklee Independent Distributer). Rujuk
sahaja gambar di atas ni dah cukup kot.
Kesimpulan sama ada membeli barang dengan nilai melebihi 200 UV atau lebih kurang RM650-700 bergantung kepada nilai UV barang tersebut ataupun hanya bayar RM65 untuk yuran pendaftaran + Starter Kit + add RM10 untuk kos pos. UV ni sebenarnya point yang kita kumpul setiap bulan untuk dapat bonus. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal bonus ni silalah mendaftar sekarang yea. Ok, setakat ini sahajalah yang dapat saya kongsi buat masa ini. Nanti saya cerita pula apa faedah-faedah yang diperolehi bila menjadi Shaklee Independent Distributer ni ye selain dapat beli dengan harga rendah dan juga bonus. Berjumpa lagi kita di lain masa. Bai..

No comments:
Post a Comment