Shaklee May 2014 Promo

Shaklee May 2014 Promo

Friday, April 18, 2014

Baby Shaklee


Salam semua..
Ini anak teruna saya. Nampak macam perempuan kan tapi sebenarnya dia lelaki yang comel. Masa ini rambut dia lurus lagi sebab masih pendek. Tapi bila makin panjang, rambut dia makin ikal di hujung. Ni gambar masa kami dalam perjalanan pulang daripada kenduri kahwin sahabat lama di Selancar. Singgah di masjid bersolat zohor kalau tak silap. 

Muka ini memang hari-hari minta dicium dan digomol. Geram kan tengok mukadia macam tu. Semua baby memang comel-comel belaka. Tak boleh nak terima bila ada yang sanggup mendera dan membuang baby comel. Terlalu kejam. Alhamdulillah sebab Alla bagi kami rezeki anak. Masih ramai lagi pasangan suami isteri yang mendambakan kehadiran bayi comel dalam hidup mereka tapi belum dapat. Jadi kepada yang ada anak tu belajarlah bersyukur.

Dan alhamdulillah dengan mengamalkan Shaklee, saya berjaya menyusukan dia secara exclusive sampai usianya 1 tahun 6 bulan. Dan mula campur sampai usia dia 1 tahun 9 bulan sebelum saya berhenti terus sebab saya dah mengandung anak ke 2. Walaupun tak sempat nak capai 2 tahun tapi saya tetap bersyukur kerana Allah berikan rezeki yang murah kepada kami sekeluarga. Jimat banyak tau sebab susu formula untuk baby bawah 1 tahun memang mahal. Kalau dah masuk 1 tahun ke atas susu formula murah sikit. Masa itu saya hanya amalkan Set Budget Menyusu sahaja iaitu ESP dan Alfalfa. Sejak mengandung kali ke 2 ini, saya memang ambil full set untuk Mengandung. Kira baby ke 2 ini bakal menjadi Baby Shaklee lah. =)

Kedai Shaklee saya dibuka seperti biasa ye. Ada banyak produk yang ready stok. Tak perlu tunggu lama-lama untuk dapatkannya. Saya boleh COD ke area Rawang, Sungai Choh, Serendah dan juga Selayang (area berdekatan Hospital Selayang dan juga BBS). Kalau nak harga jimat, boleh juga mendaftar menjadi ahli. Dengan bayaran serendah RM65, boleh dapatkan produk dengan harga terendah dan keahlian ini untuk seumur hidup tau. Kalau nak serius berbusiness pun lagi bagus. Lagi banyak faedah yang boleh korang dapat. Secara generalnya bonus, bonus kereta, bonus pergi bercuti dan umrah. Selain itu, Shaklee selalu menganjurkan jamuan untuk meraikan Master Coordinator dan juga sempena perayaan. Dapatlah makan free di hotel dan juga beramah mesra dengan ahli-ahli Shaklee yang lain. Ni baru sikit sahaja. Ada banyak lagi faedahnya lagi-lagi kalau masuk under group kami. 
Post a Comment