Shaklee May 2014 Promo

Shaklee May 2014 Promo

Tuesday, April 15, 2014

Petua Menaikkan HB : Cara Makan yang Betul

Salam semua..

Hamboi..seminggu sekali baru nak update blog ke cik puan? Kesibukanlah lately. Tapi cuba juga untuk update blog kesayangan ini. Alhamdulillah hari ini dah masuk 17 minggu 4 hari usia kandungan. Masa awal-awal hari tu memang HB saya naik. Tapi, last check up jatuh sedikit. Saya suspect ianya disebabkan pemakanan yang salah.

Ye lah, last 2 weeks memang asyik layan teh tarik sahaja di office. Kalau nak tahu, teh, coffee, coklat dan juga milo perlu dielakkan oleh mereka-mereka yang ada masalah HB low ini. Sebab ia bukan setakat menghalang penyerapan iron tapi juga turut menurunkan lagi HB kita. Saya dah mengalaminya sendiri kesannya itu. So, saya NO to Teh, Coffee, Chocolate and Milo. Kita tengok result next check up macam mana pula ye.

Satu lagi kena elakkan makan/minum 2 jam sebelum dan 2 jam selepas menelan pil yang mengandungi Iron ( Vitalea or Pil Iron lain) makanan-makanan yang ada dalam list di bawah ini;

1. Bijirin Penuh
2. Oat
3. Susu
4. Gandum
5. Kuning telur

5 jenis sumber makanan ini bukanlah tak boleh diambil langsung. Tetapi perlu jarakkan selama 2 jam sebelum telan Vitalea dan juga 2 jam selepas telan Vitalea. So, kalau dah minum susu, kena tunggu 2 jam baru telan Vitalea ok. Seelok-eloknya telan Vitalea dan minum susu 2 jam selepas itu.

Dan makanan yang orang pregnant digalakkan makan ialah seperti dalam list di bawah ini;

1. Kekacang
2. Sayur-sayuran
3. Buah-buahan (untuk yang ada Diabetes kena kawal sikit)
4. Ikan dan semua jenis seafood
5. Daging ayam, lembu, kambing dll - sumber protein

Pesanan untuk yang tak nak berat badan naik banyak sangat bolehlah mengurangkan pengambilan nasi dan roti ye. Jangan tak makan langsung ye.

Nurse menggalakkan makan 8 biji kurma dan 8 biji badam setiap hari untuk naikkan HB. Tapi, sekarang ni masih lagi susah untuk mencari kurma. Tak lama lagi dekat-dekat bulan Ramadhan baru melambak di pasaran dan boleh didapati dengan harga murah. Tak sabarnya. Telan badam sahajalah setiap hari. Anak bujang sayapun suka juga makan badam. Baru nak masuk 2 tahun tapi dah pandai gigit kacang tu sampai hancur. =)
Ok, sekian tips untuk menaikkan HB melalui pemakanan.

Kebanyakan tips yang saya berikan ini saya dapat daripada nurse semasa check up di Klinik Kesihatan kerajaan. So, boleh digunapakai tanpa was was ye. =)

Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

No comments: