Shaklee May 2014 Promo

Shaklee May 2014 Promo

Friday, February 14, 2014

'Ubat' mabuk Shaklee : Peppermint Ginger Plus

Salam korang.

Korang ada mabuk laut, mabuk darat, mabuk udara, mabuk mengandung?
Memang tak seronokkan bila mabuk-mabuk ni.

Saya akui saya memang cepat mabuk bila;

1. Naik bot/kapal yang berhenti tengah laut yang bergelora.

Dulu masa candat sotong memang lembiklah. Tak feeling bercandat langsung. Husbandpun sama juga. Dan saya rasa semua orang yang tak biasa ke laut atau dalam erti kata lainnya bukan golongan nelayan @ kelasi kapal, memang senang nak mabuk ni. Sebab tu awal-awal lag ikena warning makan ubat tahan mabuk sebelum pergi bercandat. Tapi apakan daya, ubat mabuk kehabisan stok masa tu. Layankan sahajalah mabuk laut.

2. Naik kenderaan darat yang sedang bergerak sambil nak fokus (baca buku/ surat khabar/ layan handphone)

Ni memang perkara biasa tak kiralah jalan tu lurus mahupun macam ular kena palu. Dan tak kiralah perjalanan jarak jauh mahupun dekat. Tapi, kalau jalan macam ular kena palu macam masa nak panjat Kundasang atau Cameron Highland, tak baca bukupun tetap mabuk juga. Huhu.

3. Mabuk mengandung

Ni biasalah kan kepada ibu-ibu yang sedang/pernah mengandung semasa awal kehamilan. Masa trimester pertama ialah paling kritikal. Tapi ada juga ibu-ibu yang mengalami mabuk sampailah anak lahir. Doa-doalah dipermudahkan semasa mengandung dan kurang mabuk yea.

Bila mabuk ini, memang segalanya jadi serba tak kena. Asyik-asyik MC lah. Kerjapun tak berapa efficient berbanding masa tak mabuk. Kalau mabuk masa perjalananpun tak best juga. Tak dapat nak menikmati keindahan alam sepanjang perjalanan tersebut. Paling penting nak makan/minumpun takut. Rugilah kalau makan lepas tu muntah balik. Haih..

Shaklee memang ada 1 produk khas untuk melegakan angin dalam badan iaitu Peppermint Ginger Plus. Harganya memang tak mahal untuk 1 botol. RM45 sahaja. Setiap botol ada 90 biji. Sekali makan 2 biji sahaja. Kalau orang mengandung memang digalakkan ambil hari-harilah tapi kalau mabuk laut atau mabuk darat tu takkan hari-hari kot kan. Sebotol tu tak habis makan agaknya.

Peppermint Ginger Plus ni produk wajib ada dalam handbag korang bila membuat perjalanan jauh. Jom dapatkan dengan harga lebih jimat dengan saya sahaja. Orang yang ada Gastrik pun digalakkan ambil yea. Memang melegakan angin yang tersangkut dalam badan lagi-lagi kat perut tu.

Kalau nak dapat dengan harga yang super jimat dengan mendapat diskaun sehingga 20% untuk setiap produk, jadilah ahli Shaklee. Hanya RM65 sahaja yuran pendaftaran untuk seumur hidup. Berbaloi-baloi. Keahlian anda akan kekal walaupun anda tak beli produk berapa lama tempohnya sekalipun. Akaun akan aktif semula sebaik sahaja anda membuat pembelian semula. Senang kan. Plus, sekarang ni lebih mudah sebab tak perlu nak ke branch untuk membeli. Boleh membuat belian secara online dengan postage RM10 flat rate.


Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

No comments: